Menyantuni sensitiviti agama

Adakah Islam atau mana² agama lain yang merestui pertandingan ratu cantik ?

2023.11.27 (Isnin)

🇲🇾 Antara sensitiviti yang sangat perlu dihormati dengan sewajarnya adalah sensitiviti agama. Ini kerana, sensitiviti agama jika dilanggar boleh membawa implikasi negatif. Malah kadang-kadang boleh mencetuskan pembunuhan.

Semasa Acik menuntut di MTD dahulu ada seorang anggota tentera berpangkat Staff Sargent. Walaupun beliau seorang China, namun beliau tidak ada masalah langsung berkhidmat dengan pelajar-pelajar Melayu. Sedangkan majoriti besar pelajar di MTD adalah anak-anak Melayu.

Setelah beberapa tahun meninggalkan MTD Acik tiba-tiba teringat kepada Staff Sargent China itu. Maka Acik pun bertanya kepada beberapa orang bekas pelajar MTD. Salah seorang daripada bekas pelajar MTD memberitahu bahawa Sargent berkenaan telah meninggal. Sedih juga Acik dengan berita tersebut.

Namun berita kematian mendiang Staff Sargent itu bukanlah suatu yang penting bagi Acik. Tapi yang penting untuk Acik kongsi disini ialah berita tentang bagaimana Sargent itu mati. Rupa-rupanya beliau mati ditembak oleh anak buah beliau sendiri.

Khabarnya, seorang anak buah Sargent itu telah memohon untuk bercuti. Kononnya beliau hendak menyertai satu upacara agama Hindu. Mungkin kerana beliau bernazar kot. Malangnya permohonan cuti tersebut tak disokong oleh Staff Sargent China itu.

Askar yang beragama Hindu itu lalu bertindak ganas, menembak mati Staff Sargent China tersebut. Biasanya cerita-cerita negatif seperti ini tidak disiarkan dalam media-media sosial, bagi mengelak implikasi-implikasi buruk bersabit dengan penyiaran berita tentang peristwa berkenaan.

Bagi YB YB tertentu, mereka mungkin tidak menganggap sensitiviti agama itu penting dihormati dengan sewajarkan. Contohnya adalah seperti ditunjuki dalam video di atas dan juga video di bawah. Namun bagi Acik, ini sangat sangatlah bahaya kepada umum, dan khususnya kepada individu berkenaan itu sendiri.

.

Majoriti rakyat Msia adalah Muslim

Islam juga mempunyai sensitiviti seperti agama-agama lain. Apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah pengiktirafan Islam sebagai agama Persekutuan. Berdasarkan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan, hanya agama Islam saja yang boleh didakwahkan kepada penganut agama lain.

Sebaliknya agama lain tak boleh didakwahkan kepada Muslim. Tak kiralah samada dakwah itu dilakukan secara terbuka atau secara tertutup. Samada melalui ceramah atau melalui hiburan.

Seyugia ditegaskan, segala aktiviti sosial yang jelas bercanggah dengan prinsip Islam adalah haram diadakan. Justeru itu kerajaan yang mendukung Perlembagaan Malaysia tidak harus meluluskan apa-apa juga aktiviti sosial yang bercanggah dengan prinsip Islam dan berpotensi melanggar sensitiviti umat Islam.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg popular ⬇️

Agama: muhibah atau akidah https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bahaya provokasi agama https://shalleducate.wordpress.com/2022/07/19/bahaya-provokasi-agama/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://menafirealiti.wordpress.com

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Bagi kepercayaan orang Islam, MAKSIAT itu mengundang bala Allah

Published by OPajar

OP=Old Pensioner

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started