Iktibar buat umat Melayu.

Rakyat Palestin perang demi kekalkan hak keatas bumi Palestin. Melayu perlu pangkah saja utk kekalkan hak keatas Tanah Melayu.

2023.11.22 (Rabu)

🇲🇾 Rakyat Palestin terpaksa berperang dengan bangsa Israel demi membebaskan bumi mereka setelah dijajah oleh Zionis Israel. Mereka membuat penempatan haram di bumi Palestin dengan cara paksaan. UK dan USA membantu bangsa Israel dalam penempatan tersebut lalu menghalalkannya.

Pendudukan bangsa Israel di bumi Palestin itu sama sekali tak sama dengan pendudukan bumi Singapura oleh pendatang Tanah Melayu dahulu. Pendudukan Singapura oleh kaum pendatang itu adalah melalui proses aman. Tidak setitik darah pun yang telah tumpah ke bumi akibat pendudukan tersebut.

Agaknya, itulah sebabnya mengapa umat Melayu tidak terasa sangat akan kehilangan Singapura ke tangan pendatang. Lebih-lebih lagi generasi muda sekarang yang lahir selepas Singapura sudah dilepaskan oleh pemimpin Melayu ke tangan pendatang Tanah Melayu.

Pulau Singapura telah diperintah oleh bekas pendatang asing Tanah Melayu belum pun sampai satu abad. Hanya beberapa dekad saja. Namun, tidak ada siapa pun yang merasa wajar bagi umat Melayu menuntut kembali pulau itu daripada penduduk Singapura sekarang.

Betapa lagi dengan bumi Palestin. Rakyat Palestin telah menduduki bumi Palestin bukan selama beberapa dekad, malah berabad-abad (ratusan tahun). Jika sekiranya benar sekali pun bahawa bumi Palestin pernah diduduki bangsa Israel terlebih dahulu, ia bukanlah lagi justifakasi bagi konkrit untuk bangsa Israel menuntut kembali bumi itu daripada rakyat Palestin sekarang.

Maka memang sangat wajarlah bagi rakyat Palestin mempertahankan hak mereka ke atas bumi Palestin dengan apa cara jua pun. Bukan saja semua bangsa di dunia merasa ianya wajar, bahkan di kalangan bangsa Israel sendiri juga merasa begitu. Ramai juga rakyat Israel yang tak setuju dengan kerajaan mereka kerana menganggap bumi Palestin maih lagi hak bangsa mereka.

Yang bersetuju dengan kerajaan Israel hanya mereka yang berfikiran kolonial (penjajah). Ini termasuklah bangsa British, Amerika Syarikat, Perancis, Germany dan beberapa negara yang lain-lain. Mentaliti penjajah ini masih kekal di negara-negara bekas jajahan mereka, termasuklah di Tanah Melayu (Malaysia).

Vid-2 sambung vid di atas

Hanya mentaliliti penjajah saja bersetuju dengan pendudukan pendatang asing di negara² bekas jajahan mereka.

.

Penduduk² Israel pun ramai yang tak setuju dgn tindakan kerajaan mereka.

.

Hakikat pendatang

Pendatang boleh dibagikan kepada beberapa kategori. Pertama ialah rakyat asing berhijrah secara sukarela ke sesebuah negara. Kedua ialah mereka yang dibawa ke negara berkenaan sebagai pekerja oleh pihak-pihak tertentu. Ketiga ialah pelarian dari negara yang sedang berperang bagi mendapat perlindungan. Mereka ini digelar refugee dalam bahasa Inggeris.

Namun, ketegori yang paling tak wajar wujud ialah penjajah. Pendatang kategori ini ialah seperti Zionis Israel di bumi Palestin. Mereka menjadi pendatang haram di bumi Palestin dengan sokongan dan perlindungan penjajah British. Maka mereka bolehlah juga dikira sebagai penjajah.

DAP penyambung mentaliti penjajah ?

Ya, itulah persepsi Acik. Cuma beza mereka daripada Zionis Israel ialah kerena mereka tidak merampas Tanah Melayu daripada tangan orang Melayu dengan kekerasan. Tapi mereka menggunakan kaedah demokrasi dan ekonomi.

Tak mustahil, jika umat Melayu masih tidak sedar dengan strategi DAP lalu terus mengundi DAP, selepas satu dua PRU lagi Tanah Melayu akan terlepas daripada pegangan Melayu. Melayu kini dah hilang Singapura. Kemudian akan diikuti oleh Pulau Pinang pula. Dan akhirnya Tanah Melayu.

Jika ini berlaku, Melayu² yang kini menyokong DAP akan menyesal. Tapi ketika itu “nasi sudah menjadi bubur”. Nak buat U-turn pun dah susah.

Bukan Melayu yang dalam DAP juga akan turut menyesal. Mereka ini ialah pendatang-pendatang yang bukan bermentaliti penjajah tapi menyokong DAP. Samalah macam Yahudi yang tidak bersetuju kerajaan Zionis Israel merampas bumi Palestin daripada pemilik asalnya sekarang.

Apa yang sedang berlaku di bumi Palestin ketika ini tak mustahil akan berlaku di Tanah Melayu apabila DAP berjaya menguasai Tanah Melayu nanti. Bagi mengelakkan kemungkinan ini daripada berlaku maka Acik menyeru agar majoriti rakyat wajib menolak DAP.

Sebaliknya kuasa keatas Tanah Melayu perlulah dikekalkan dalam tangan umat Melayu. Samalah seperti di bumi Palestin. Demi mengekalkan kedamaian dan keamanan di bumi Palestin, maka bumi dan kuasa pemerintahan perlulah dikembalikan ke tangan pemilik asalnya yakni rakyat Palestin.

Wallahua’lam 💊

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Berani menyatakan kebenaran https://jihadpalestin.wordpress.com/2023/11/19/berani-menyatakan-kebenaran/

Melampaui batas² perikemanusiaan https://jihadpalestin.wordpress.com/2023/11/16/melampaui-batas%c2%b2-perikemanusiaan-sejagat/

Ia bukan perang tapi genocide https://jihadpalestin.wordpress.com/2023/11/11/ia-bukan-perang-tapi-genocide/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://menafirealiti.wordpress.com

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Orang Yahudi sendiri bantah timdakan kejam Israel ke atas rakyat Palestin.

Published by OPajar

OP=Old Pensioner

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started